BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22 April 2010

rEnung-renungkaN.... :)

tUk taTapan kiTer gaK :-


Ni, aku terjumpa artikel Tips Menawan Hati Suami di sini. Renungkal ea.....Selamat beramal!!!!!! :)

* Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja,
tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

* Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami
sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah
untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa
untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian
dan simpati.

* Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap
hari kepada suami.

* Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami
dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

* Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala. Beri pujian terhadap
penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

* Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya
jika sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami
memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
(Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

* Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira
dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira
perbuatan yang demikian).

* Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali
sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa
yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

* Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang
sedang dilakukan. ( jika boleh )

* Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.

* Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

* Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih
sayang sebanyak 7 kali sehari. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada
perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami
menggalakkannya.

* Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang.
Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia
sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

* Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun
kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

* Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja
kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan
menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

* Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia
jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak
mendapat berita.

* Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami
kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

* Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar
berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih
dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

* Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat
demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik
apabila tersesat jalan.

* Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar
saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di
khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh
dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg
disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya
“Abang nak minum air apa?” atau ” Abang nak minum ke?” Bila makan diluar, berilah
peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

* Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika
disisinya.

* Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang
dipakai.

* Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai) Belikan hadiah-hadiah
praktikal dari semasa-kesemasa: – tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan
seumpamanya.

* Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi ” dating” atau ”
berbulan madu” sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan
sesekali menempelak atau “pulangkan paku buah keras “.

* Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa
ke semasa

* Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.