BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

06 May 2010

TipS haNgatkAn Kasih sAyaNg......


Salam semua, kali ni IeRa nak kongsi beberapa tips tuk eratkan kasih sayang di antara suami isteri. Pada yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah kahwin ya sebab memang syok kahwin ni.....hahaahah ;D
Tapi pada mereka yang sudah lama berumahtangga, sudah pasti kekadang gado gak kan....?? Biasalah tu, asam garam dalam rumahtangga tapi yang pasti jangan biarkan ego menguasai diri kita. Sebagai isteri, kita seharusnya mengalah (walaupon kita tahu itu bukan salah kita) & bila sang suami dah sejuk, mulalah pujuk & nyatakan sebab musabab punca kepada salah faham tue...huhu, pandai jek IeRa nasihat.

IeRa dulu, masa bru-bru kahwin suka jek menjawab apa yang hubby tegur, masing-masing berdarah muda kan & sama-sama nak menang je. Tapi sekarang, kalau hubby marah tegur IeRa, apa yang IeRa buat just dok diam & jangan cuba untuk lawan. Bila agak-agak hubby dah sejuk & tak marah, IeRa akan hantar sms minta maaf & lepas tu kami akan terus lupakan segalanya & rasa macam kekadang tue gado ni boleh eratkan lagi kasih sayang kami....hahahahah!!!!

nie,hasil kajian IeRa.... Tips tuk hangatkan perhubungan rumahtangga kita walaupon kekadang IeRa sendiri pon jarang buat...huhuhu... ;D

* Bercuti Bersama
Jadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk anda bermanja-manja dengan si dia. Pilihlah lokasi yang romantis yang kena dengan budget & masa anda. Tak naklah sampai bergaduh-gaduh kan, sorang nak ke Paris sorang nak ke Parit (sebab tak ada duit). Tidak semestinya kita bercuti lama untuk meluangkan masa bersama-sama pasangan. Cukuplah sekadar mencuri masa di hari minggu untuk bersama (contohnya bercuti ke hotel 5 bintang di tengah kota). Make sure anak-anak tidak ikut sama kerana kalau ada mereka kacau daun sudah pasti tumpuan hanya pada mereka sahaja;)

* Keluar Bersama
Yang ni IeRa selalu buat juga... ambil cuti pada hari bekerja so anak-anak sohih berada di nursery kan. Selalunya kami akan meluangkan masa dengan menonton movie (tengok juga cerita apa yang best), meluangkan masa di MPH (yang ni IeRa boring), makan-makan & shopping bersama. Tapi sekejapnya masa berlalu kalau bersama si dia..Tengok-tengok dah kena balik ambil anak dah;) Tapi at least anda dah meluangkan masa yang berkualiti dengan pasangan anda kan;)

* Romantik Dinner
Yang ni IeRa belum pernah try lagi, maklumlah anak-anak masih kecik lagi kan. Kalau diorang dah besar sket, sohih mama eksport ke kampung & bolehlah mama keluar ops, tak semestinya keluar makan di kedai..masak kat rumah pon boleh!! Buatlah surprise pada hubby dengan memasak makanan kegemarannya & make sure ada lilin untuk dinyalakan & diiringi pula dengan lagu romantik. Owh bahagianya;) IeRA dulu selalu berangan nak buat macam ni tapi selalu tak berkesempatan..Herm, ada sesiapa nak tolong jaga KiMie & JiMie tak??hehehe Owh, nanti bolehlah anda menari bersama-sama pasangan tu..Owh, romantiknya!!hahahahahah

* Buat Kejutan
Seperti kita kaum perempuan yang suka akan kejutan, lelaki juga begitu. Namun bagi mereka, hadiah bag, parfume atau alat penjagaan badan bukanlah merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka. Selalunya mereka akan suka kiranya kita balik awal dari kerja & sediakan makan malam untuknya atau melakukan kejutan di dalam bilik tidur (faham-faham sajelah ya) kerana daya imaginasi lelaki adalah sangat tinggi. So ayuh kawan-kawan, walaupon badan anda (akulah tu tidak secantik Angelina Jolie), jangan malu untuk bergaya dengan baju tidur yang sexy kerana sudah pasti suami anda akan tergoda;)

* Saling Memaafkan
Sebelum tidur eloklah kalau kita saling memaafkan kerana terasa perhubungan yang terjalin akan lebih suci & jujur sekiranya kita saling meminta maaf dengan pasangan kita. So pada sesiapa yang curi-curi shopping kat online tu, kenalah minta maaf dengan hubby masing-masing ya, nanti takderlah diorang tetiba terjumpa barang yang kita sorok kat dalam almari tu macam kisah benar je...... hahahahaha;)

* Berpisah Buat sementara
Huhuhuhuhu..sedih tau bila berjauhan dengan pasangan ni. Tapi itulah, bila dapat berjumpa balik terasa macam pengantin barulah pula;D

Harap-harap ikatan yang terbina ini akan kekal hingga ke akhir hayat & ke syurga. Kawan-kawan pula macamana?? Ada tips tak dalam mengekalkan ikatan kasih sayang yang sudah terjalin ni??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.